KEHADIRAN TAHUN 2014
DINANTI PENUH KEGUSARAN
BELUM PUN BERMULA
KEKECOHAN SUDAH DIRANGKA
TURUN KATA MEREKA
GULING KATA MEREKA
JANGAN TAKUT KATA MEREKA
SYABAS KATA MEREKA
DISUATU SUDUT PULA
PERSIAPAN TAHUN BARU
DIBUAT DENGAN MERIAH
KINI DITAJA OLEH AMBANK
BUAT KALI KEDUA KATANYA
TERDENGAR PULA KOMEN
TUN DR. MAHATHIR MOHAMED
MANTAN PERDANA MENTERI
YANG MUNGKIN MEMBAWA MAKSUD
KURANGKAN BELANJA TADBIR URUS KERAJAAN
JANGAN BOROS DAN KURANGKAN APA YANG PATUT
PALING PENTING
JANGAN SAMPAI RAKYAT MERUNGUT
DARI RUNGUTAN
TERMASUK AKU
YANG KU LUAHKAN
MELALUI PAGE FB
AMUKAN TRANSFORMASI RAKYAT
KINI MUNCUL PULA PETUALANG JAHANNAM
MENGGODA PEMUDA DAN PEMUDI
BERKUMPUL ATAS NAMA HAK
MENUNTUT TURUNKAN KOS SARA HIDUP
TURUNKAN KOS SARA HIDUP
TURUNKAN KOS SARA HIDUP
AKU SOKONG
AKU SOKONG
MARI TURUN DEMO TURUN
MARI TURUN DEMO TURUN
AKU BANTAH
AKU BANTAH
BIARLAH AKU DIKEJI
DICACI DIHINA
JADI MACAI UMNO BONGOK
JADI MACAI BARISAN NASIONAL
YANG KINI HILANG RASIONAL NYA
DARI AKU LANGGAR
AYAT INI
KITAB AL-QURAN INI, TIDAK ADA SEBARANG SYAK PADANYA (TENTANG DATANGNYA DARI ALLAH DAN TENTANG SEMPURNANYA); IA PULA JADI PETUNJUK BAGI ORANG - ORANG YANG (HENDAK) BERTAKWA;
-SURAH ALBAQARAH AYAT 2-
(DENGAN SEBAB KEINGKARAN MEREKA); ALLAH MEMATERIKAN ATAS HATI MEREKA SERTA PENDENGARAN MEREKA DAN PADA PENGLIHATAN MEREKA ADA PENUTUPNYA; DAN BAGI MEREKA PULA DISEDIAKAN AZAB SEKSA YANG BESAR.
-SURAH ALBAQARAH AYAT 7-
DAN DI ANTARA MANUSIA ADA YANG BERKATA: "KAMI TELAH BERIMAN KEPADA ALLAH DAN KEPADA HARI AKHIRAT" ; PADAHAL MEREKA SEBENARNYA TIDAK BERIMAN.
-SURAH ALBAQARAH AYAT 8-
MEREKA HENDAK MEMPERDAYAKAN ALLAH DAN ORANG - ORANG YANG BERIMAN PADAHAL MEREKA HANYA MEMPERDAYAKAN DIRINYA SENDIRI, SEDANG MEREKA TIDAK MENYEDARINYA.
-SURAH ALBAQARAH AYAT 9-
DALAM HATI MEREKA (GOLONGAN YANG MUNAFIK ITU) TERDAPAT PENYAKIT (SYAK DAN HASAD DENGKI) , MAKA ALLAH TAMBAHKAN LAGI PENYAKIT ITU KEPADA MEREKA; DAN MEREKA PULA AKAN BEROLEH AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA, DENGAN SEBAB MEREKA BERDUSTA (DAN MENDUSTAKAN KEBENARAN). -SURAH ALBAQARAH AYAT 10-
DAN APABILA DIKATAKAN KEPADA MEREKA; "JANGANLAH KAMU MEMBUAT BENCANA DAN KEROSAKAN DI MUKA BUMI" , MEREKA MENJAWAB: "SESUNGGUHNYA KAMI ORANG - ORANG YANG HANYA MEMBUAT KEBAIKAN" .
-SURAH ALBAQARAH AYAT 11-
KETAHUILAH! BAHAWA SESUNGGUHNYA MEREKA ITULAH ORANG - ORANG YANG SEBENAR - BENARNYA MEMBUAT BENCANA DAN KEROSAKAN, TETAPI MEREKA TIDAK MENYEDARINYA.
-SURAH ALBAQARAH AYAT 12-
PATUTKAH KAMU MENYURUH MANUSIA SUPAYA BERBUAT KEBAIKAN SEDANG KAMU LUPA AKAN DIRI KAMU SENDIRI; PADAHAL KAMU SEMUA MEMBACA KITAB ALLAH, TIDAKKAH KAMU BERAKAL? .
-SURAH ALBAQARAH AYAT 44-
(PERGH! BEDESING TELINGA!)
- AKU NADRAK -
No comments:
Post a Comment