MELAYU: P.A.S DAN KONSEP TUHAN YANG SATU

Wednesday, December 23, 2009

P.A.S DAN KONSEP TUHAN YANG SATU

 PETIKAN INI DIAMBIL DARI HARAKAHDAILY.NET:

UCAPAN PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA OLEH DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) pada 19 Disember 2009 di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangorhttp://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23773:memperkukuh-pakatan-rakyat&catid=83:presiden&Itemid=127

PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu, walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian. Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah :
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23773:memperkukuh-pakatan-rakyat&catid=83:presiden&Itemid=127


PETIKAN DIAMBIL DARI HARAKAHDAILY.NET
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23804:pendaftaran-pakatan-rakyat-di-tangan-ros-presiden-pas&catid=1:utama&Itemid=50

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam kenyataannya baru-baru ini adalah Pakatan Rakyat masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan Pendaftar Pertubuhan atau ROS.




Tragedi 19 Disember : Penderhakaan Pemimpin Pas Terhadap Ahli Pas
 
PETIKAN INI DIAMBIL DARI LAMAN WEB PEMUDA UMNO.
http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9514

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Pada 19 Disember 2009 merupakan satu tragedi yang tentunya menghayatkan hati ahli-ahli Pas dan semua penyokongnya.


Dengan menandatangani dokumen Pakatan Rakyat, kepimpinan parti Pas telah mengesahkan dengan rasminya bahawa mereka telah menghina serta lari dari perjuangan asal parti Pas.

Kepimpinan parti Pas hari ini telah mengenepi serta menghina ahli-ahli mereka serta kepimpinan asal parti Pas yang berpegang kepada niat menubuhkan negara Islam yang berlandaskan hukum Hudud.

Mereka juga telah memperkotak-katikkan serta memperbodohkan harapan setiap ahli Pas yang amat mengharapkan agar parti Pas muncul sebagai parti alternatif yang lain daripada parti lawan mereka iaitu parti UMNO.

Rupa-rupanya, parti Pas hanyalah sekadar ciplak atau meniru perjuangan parti UMNO.

Ahli-ahli Pas amat mengharapkan agar segala bentuk islamik yang terserlah di dalam parti Pas itu diterjemahkan kepada memperjuangkan satu misi negara Islam dan hukum hudud yang mereka anggap mulia. Tetapi ianya tidak kesampaian dan sungguh menyakitkan hati setiap ahli Pas dan penyokong-penyokongnya.

Penulis faham dengan keresahan dan kekecewaan ahli-ahli Pas kerana pemimpin-pemimpin Pas telah mempermain-mainkan perjuangan agama serta mengubah suai perjuangan tersebut mengikut selera parti sekatil mereka, parti 'langkah mayatku dulu' DAP Sosialis.

Ahli-ahli parti Pas mungkin masih dapat lagi menerima jika perubahan yang dilakukan hanya kecil seperti kelayakan bertanding atau sebagainya tetapi untuk mengorbankan perjuangan asas dan bertunjangkan janji kepada Allah swt merupakan satu penderhakaan yang tidak boleh dimaafkan.

Ahli-ahli dan penyokong DAP tentunya gembira kerana Karpal Singh telah berjaya melembutkan hati kedua-dua pemimpin Pas itu untuk menerima konsep Sosialis dan Republik yang mereka perjuangkan selama ini.

Sifu DAP Sosialis di Singapura iaitu Lee Kuan Yew tentu bertepuk tangan kerana akhirnya parti Pas telah berjaya dibolosi setelah sekian lama parti tersebut mempertahankan perjuangan negara Islam dan hukum Hudud.

Lee Kuan Yew pasti kagum dengan kepintaran anak-anak didik beliau menjinakkan kepimpinan Pas serta menanamkan harapan palsu kepada setiap ahli dan penyokong parti Pas.

Dari perseptif ilimiah, penulis sebenarnya juga kagum kerana kepimpinan DAP tidak pernah menggadai atau mengubahsuai ideologi politik sosialis mereka walau apa pun yang berlaku.

Mereka telah menggunakan pelbagai “political warfare” dengan baik sehinggakan kepimpinan Pas berjaya tertipu dek lakonan serta 'keterbukaan' mereka.

Yang paling dikagumi ialah kesanggupan kepimpinan Pas membelakangi harapan ahli-ahli Pas hanya semata-mata untuk mengejar kuasa bersama-sama parti 'langkah mayatku dulu' DAP yang sangat bencikan perjuangan Pas selama ini.

**********************************************************************************

BERLANDASKAN KEPADA FAHAMAN INI.....
MAKA P.A.S DENGAN BERANI MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM YANG BUKAN DARI PARTINYA.............

BERLANDASKAN KEPADA FAHAMAN INI..............
TUAN GURUNYA MENGELUARKAN KENYATAAN SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN SYAITAN DARI BERKERJASAMA DENGAN UMNO..........(LEBIH KURANG GITULAH MAKSUD AYATNYA...)

BERLANDASKAN FAHAMAN INI................
P.A.S SANGGUP MENDOKONG IDEOLOGI SOSIALIS BAWAAN D.A.P.............
NAMUN BEGITU P.A.S TETAP MENOLAK SEKULARISME BAWAAN UMNO..............

 
- AKU NADRAK -

No comments:

Post a Comment

MY UNHOLY LEGION

THE SEEKER

Digeus  System Optimizer
System Optimizer
Eliminate system crashes, freezes and slowdowns. Identify and repair common Windows problems.
Digeus System  Optimizer
Download Digeus  System Optimizer Purchase Digeus  System Optimizer
Digeus Junk Files  Cleaner
Junk Files Cleaner
Free up valuable space on your hard drive. Speed up your system performance.
Digeus Junk  Files Cleaner
Download Digeus  Junk Files Cleaner Purchase Digeus  Junk Files Cleaner
SnapIt Screen  Capture
SnapIt
Capture anything you see on your PC screen. Take a "snapshot" of anything with just a click.
Download SnapIt  Screen Capture Purchase SnapIt  Screen Capture
Digeus  Duplicate Files Finder
Duplicate Files Finder
Remove duplicate mp3, photos, pictures etc. and regain plenty of disk space.
Digeus  Duplicate Files Finder
Download Digeus  Duplicate Files Finder Purchase Digeus  Duplicate Files Finder