MELAYU: KEDEGILAN YANG MEMUDARATKAN..............

Wednesday, January 13, 2010

KEDEGILAN YANG MEMUDARATKAN..............

KEDEGILAN YANG MEMUDARATKAN.....

LIHAT APA SUDAH JADI..............

ISU INI TELAH DIPERBESARKAN..........

OLEH MEREKA YANG SUKA...........

MENANGGUK DI AIR KERUH........

TAPI ADAKALA NYA......

MENANGGUK DI LOJI KUMBAHAN PUN ADA GAK.........

*******************************************

PETIKAN INI MILIK : UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0113&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

Rosak gereja angkara 'budak nakal'

KUCHING 12 Jan. - Polis menyifatkan insiden merosakkan Gereja Good Shepherd dekat Lutong, Miri kelmarin, angkara 'budak-budak nakal' yang ingin mengambil kesempatan isu penggunaan kalimah Allah.
Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya percaya kejadian itu bukan dilakukan ekstremis agama.
Beliau berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan dan akan menyiasat kejadian yang merosakkan cermin bilik paderi dan koir gereja itu mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana kepada rumah ibadat.
"Siasatan kes bukan saja membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah malah Cawangan Khas (SB) akan turut mengesan pihak yang terbabit dengan kejadian itu.
"Saya melihat insiden itu lebih kepada kerja 'budak-budak nakal' yang ingin mengambil kesempatan daripada isu (kalimah Allah) di Semenanjung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohmad memberitahu, keadaan ketenteraman di negeri ini masih baik dan terkawal serta tiada sebarang insiden terbaru selepas kejadian tersebut.
Sebagai langkah pencegahan katanya, setiap ketua polis daerah di negeri ini telah diarahkan meningkatkan rondaan di gereja dan rumah ibadat lain.
Menurutnya, semua ketua polis daerah diminta meninggalkan nombor telefon kepada wakil-wakil rumah ibadat bagi memudahkan mereka berhubung.
"Keadaan di semua rumah ibadat di Sarawak dalam keadaan baik dan kita berdoa supaya negeri ini dalam keadaan aman dan sejahtera," jelasnya.
Sementara itu, Mohmad menyeru masyarakat berbilang kaum di negeri ini supaya mengawal perasaan masing-masing dan tidak emosi dalam menghadapi situasi yang berlaku.
"Saya percaya, kalau mereka (orang ramai) faham kedudukan sebenar, keadaan kembali kepada sedia kala," tambahnya.

 *******************************************************************

INI SEMUA TERJADI KERANA......
DAH RAMAI YANG NASIHAT..........
TAPI....
MASIH BERDEGIL......
WALAUPUN DIA TAHU............
SELAMA BERIBU TAHUN DULU..............
ALLAH TETAP ALLAH.......
JESUS TETAP JESUS......
CHRIST TETAP CHRIST............
DAN KALIMAH ALLAH DITURUNKAN...
UNTUK.....
UMAT ISLAM.......
********                   ************               ************

 PETIKAN INI MILIK : UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0113&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive

'Gugur kes tuntutan guna kalimah Allah, penyelesaian terbaik'

KOTA KINABALU 12 Jan. - Majlis Belia Sabah (MBS) menyifatkan saranan agar Herald - The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah sebagai jalan penyelesaian terbaik.
Presidennya, Mustapha Sakmud berkata, cara itu paling tepat, berkesan dan sekali gus memadam api kemarahan umat Islam.
"Saranan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun itu sebenarnya cuba memadamkan punca 'api' yang menyebabkan 'kebakaran' ketika ini.
"Oleh itu, kita harus bekerjasama dan semua pihak perlu mengutamakan kepentingan umum melebihi kepentingan sendiri," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Clarence mengemukakan saranan itu kelmarin berikutan perkembangan isu kalimah yang membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar selain turut menerima ugutan.
Mustapha mengingatkan golongan muda di negeri ini supaya tidak terikut-ikut dengan perbuatan tersebut kerana tindakan itu hanya akan memburukkan keadaan.
Jelas beliau, semua pihak perlu bertenang dan tidak emosional sebaliknya rasional dalam menangani isu tuntutan kalimah Allah.
Katanya, penyelesaian secara berdialog perlu dilakukan supaya pihak yang terlibat dapat memberi pandangan mengenai perkara tersebut secara ilmiah.
"Penyelesaian bersandarkan ilmu dengan mengambil kira faktor sejarah, perlembagaan, kontrak sosial dan juga semangat perpaduan di negara ini perlu dilakukan.
"Kita tidak mahu isu ini diwarisi generasi seterusnya kerana khuatir mereka tidak dapat menilai secara rasional seperti majoriti rakyat Malaysia sekarang," katanya.
********************************             ************************

MAKA TAK CUKUP DENGAN SARANAN.......
SATU SURAT IKHLAS JUGA TERSIAR DI MUKA AKHBAR..........
MASIH TIDAK BERGANJAK PENDIRIAN MEREKA........
MUNGKIN TIDAK SEDAR MAKSUD YANG TERPAMPANG...........
DI SURAT TERBUKA INI...............
*******                  ************            **************

PETIKAN INI MILIK : UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0113&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_32.htm&arc=hive

Majoriti yang ketakutan, test market dan sepucuk surat mualaf

(I) SEORANG sahabat menghantar SMS yang berbunyi: ''Mana-mana negara dalam dunia ini kaum majoritilah yang berkuasa, punya hak lebih. Peliknya (di) Malaysia, majoritilah yang ketakutan, sering dipersalah dan ketinggalan. Kenapa?"
Lantas saya menjawab pendek: ''Siapa yang majoriti?"
Dia langsung tidak menjawab balik. Sama ada dia telah mendapat jawapannya, atau pun tidak saya tidak pasti.
Jika dulu mungkin ya majoriti, sekarang tidak lagi. Sekarang puak majoriti sendiri pun sanggup berkata ''Kita berkongsi Allah''. Satu lagi puak separuh-separuh setuju kongsi Allah, takut membuat keputusan. Satu puak lagi tidak setuju, satu puak lagi bermati-matian bersetuju.
Puak majoriti itu yang sekarang sanggup berkongsi Tuhannya, ternyata pandai bermain politik. Malah untuk menguatkan lagi sentimen supaya orang menyokongnya, dia menyalahkan satu puak lain yang masih ada kuasa.
Maka itu, berpecahlah puak majoriti itu menjadi puak-puak yang kecil.
Memang benar kata sahabat yang menghantar SMS itu, di mana-mana negara sekalipun kaum majoritilah yang (sepatutnya) berkuasa atau berkongsi kuasa dengan puak lain, dan puak-puak yang minoriti akan menghormati dan menerima puak majoriti itu.
Tapi oleh kerana senarionya kini telah berubah, puak majoriti yang berpecah-pecah itu tidak lagi dihormati dan diterima sebagai satu majoriti yang kuat.
Orang Melayu dulu ada berkata, ambil semangat lidi kelapa, bersatu teguh bercerai roboh. Tapi kini bilah-bilah lidi sudah terungkai dan berkecai. Tidak boleh dijadikan penyapu lagi.
Oleh sebab itulah nama Tuhan puak majoriti itu pun kini orang mahu berebut. Malah puak majoriti yang berpecah tadi, bersetuju untuk berkongsi Tuhan dengan harapan akan disokong dan diterima oleh satu puak minoriti. Cuba teka siapa puak majoriti itu?
(II) Baca senario ini. Teka siapa jahat, siapa baik?
Tidak semena-mena, isu Allah dibangkitkan oleh satu puak. Semua orang tahu isu itu sungguh sensitif. Dulu orang tak berani bermain dengan isu seperti itu. Kini puak itu cuba test market sejauh mana puak majoriti dapat bertahan dengan permainan itu. Mereka pakat-pakat pergi ke mahkamah untuk test market itu.
Akhirnya, isu itu menyebelahi puak yang test market tadi. Ternyata percubaan puak yang test market itu betul. Bukan semua orang tak sokong mereka.
Yang tidak sokong, ada yang marah-marah dan membaling botol api di sana-sini. Akhbar-akhbar yang menyebelahi kumpulan test market tadi pulun menyiarkan berita-berita puak yang menjadi mangsa itu.
Akhirnya, puak yang menjadi mangsa dan test market itu mendapat simpati, sebaliknya puak yang menentang test market itu pula yang jahat.
Puak yang cari pasal pula yang baik.
Nampak gayanya, test-test market yang lain boleh dibuat lagilah. Kita tunggu apa lagi test market seterusnya.
(III) Semalam saya menerima sepucuk surat dari seorang mualaf yang bernama Puan Siti Suraya Teoh binti Abdullah dari Merbok, Kedah. Di bawah surat itu beliau menandatangani nama asalnya.
Begini bunyinya (yang tidak dipinda):
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya tidak tahu kepada siapa surat ini seharusnya ditujukan, tetapi setidak-tidaknya siarkan di akhbar saudara atau di mana-mana akhbar sekali pun.
Saya sangat mencintai negara Malaysia, bumi saya dilahirkan, dibesarkan dan diIslamkan. Berita terkini ialah Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar gereja katolik - Herald The Catholic Weekly membenarkan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Di sini saya ingin bertanya semua kaum di Malaysia selain dari kaum Bumiputera (Melayu), adakah nenek-moyang anda dilahirkan di Malaysia? Tentu tidakkan? Kenapa anda harus mempertikaikan apa-apa yang ada pada orang Melayu Islam?
Sedarlah andai kata kita dihalau dari Malaysia ke mana kita? Dari apa yang diceritakan oleh ibu saya, nenek dan datuk hidup susah di negara China sebab itulah dia sanggup datang ke sini. Ibu saya selalu berpesan jangan kacau kaum lain asalkan kita dapat cari rezeki dan (tinggal) di negara yang aman.
Seperti mana entah siapa-siapa yang cabar keistimewaan orang Melayu. Nasihat saya ''Hentikanlah."
Maaf ya, saya tidak pandai menulis. Saya sangat mengagumi Tun Dr. Mahathir seperti mana mendiang ayah saya. Saya teramat-amat ingin berjumpa dengan beliau.
Terimalah hakikat kita kaum Cina, India dan kaum-kaum lain kita cuma menumpang di tanah bangsa Melayu. Adakah anda mahu jadi macam bangsa-bangsa lain di negara-negara Barat yang dianggap pendatang?
Setakat ini sahaja yang mampu saya tulis. Terima kasih saudara kerana sudi membaca.
Sekian, terima kasih
Yang Ikhlas,
(Teoh Ching Kim)

****            ************              *************              ********

OLEH ITU.............
HENTIKANLAH PERBUATAN.............
YANG CUBA UNTUK................
MENGGANGGU GUGAT KETENTERAMAN AWAM............
YANG CUBA UNTUK.............
MENGHURU HARA KAN......
KEADAAN..........

BAGAIMANA LAGI HARUS DINASIHATI.........
APABILA PERASAAN BELAS SEMAKIN MATI.........
DI MAMAH HATI..........
YANG BENGKAK DAN BERAPI...........

- AKU NADRAK -

No comments:

Post a Comment

MY UNHOLY LEGION

THE SEEKER

Digeus  System Optimizer
System Optimizer
Eliminate system crashes, freezes and slowdowns. Identify and repair common Windows problems.
Digeus System  Optimizer
Download Digeus  System Optimizer Purchase Digeus  System Optimizer
Digeus Junk Files  Cleaner
Junk Files Cleaner
Free up valuable space on your hard drive. Speed up your system performance.
Digeus Junk  Files Cleaner
Download Digeus  Junk Files Cleaner Purchase Digeus  Junk Files Cleaner
SnapIt Screen  Capture
SnapIt
Capture anything you see on your PC screen. Take a "snapshot" of anything with just a click.
Download SnapIt  Screen Capture Purchase SnapIt  Screen Capture
Digeus  Duplicate Files Finder
Duplicate Files Finder
Remove duplicate mp3, photos, pictures etc. and regain plenty of disk space.
Digeus  Duplicate Files Finder
Download Digeus  Duplicate Files Finder Purchase Digeus  Duplicate Files Finder