MELAYU: MARI KITA BISNES ALA BULUH KASAP........

Monday, January 18, 2010

MARI KITA BISNES ALA BULUH KASAP........

 BUKE SENANG NAK MENTADBIR OOOO..............HOI..............

PETIKAN DIAMBIL DARIPADA: UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Punca Bazar Tok Guru rugi besar

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kedegilan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus mendengar nasihat menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman didakwa menjadi punca kerajaan negeri menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad mendakwa pihaknya sejak dari dulu lagi menegur terma perjanjian pelaksanaan projek tersebut yang jelas berat sebelah.
Bagaimanapun, kata beliau, teguran itu sia-sia kerana ia dianggap sebagai usaha menyerang Nik Abdul Aziz hanya kerana ia dibuat oleh Barisan Nasional (BN).
"Dalam dewan kita telah sebut bahawa perjanjian dengan sebuah syarikat swasta itu memang dari dulu berat sebelah, tapi sebab dia (Nik Abdul Aziz) degil nak dengar sangat nasihat menantu yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sekarang kerajaan negeri kena tanggung rugi.
"Sudahlah Kelantan tidak cukup perbelanjaan mengurus kena pula tanggung rugi besar. Sebab itulah wang ihsan minyak tidak disalur kepada kerajaan negeri sebab yang ini pun dia tak pandai nak urus," dakwanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengaku kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.
Sehari sebelum itu, sebuah laman blog, Kickdefella yang dimiliki bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50 juta.
Ia disebabkan kerajaan negeri terpaksa menebus kembali aras bawah bangunan Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta selain menanggung kerugian RM30 juta kerana kehilangan tanah seluas 3.36 hektar untuk pembinaan bangunan berkenaan sedangkan ukuran sebenar tapak bazar itu hanya 0.6 hektar.
Sementara itu, Alwi berkata, beliau percaya ada pihak tertentu membuat keuntungan dalam perjanjian terbabit.
Beliau kesal kerana yang menjadi mangsa ialah kerajaan negeri yang kelihatan seperti 'meniaga buluh kasap, masuk angin keluar asap'.
"Tanah tapak Bazar Tok Guru ini milik kerajaan negeri tapi apabila bangunan siap tuan tanah kena beli balik.
"Ini dua kali untung namanya, tentulah ada orang yang mendapat manfaat," ujarnya.
Mengulas lanjut, Alwi berkata, kesanggupan Nik Abdul Aziz mengakui kesilapan kerajaan negeri itu bukannya sesuatu yang perlu dikagumi kerana dia sebenarnya sudah terperangkap.
Jika ia masih boleh dilindungi, beliau percaya Nik Abdul Aziz tidak akan mengakui perkara itu sebagaimana dalam kes ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd.


**************************************************************************
( MARI MENYANYI BERAMAI-RAMAI )
KRONI.................
KRONIIIII......................
KROOOOOOOOONNNNNNNIIIIIIIIIIIIIIIIIII............................

APAK AKU MENTERI BESOR.................
BINI AKU ANAK MENTERI BESOR..........
APAK AKU PANGGIL AKUUUUUUUUUUU........
ANAK MENANTUUUUUUUUUU.........
TAPI AKU..................
ANAK HANTUUUU..............
KASI JAHANNAMMMMMMM...............
RETA NEGERI AKUUUU..........

APA NAK RISAU............
BUKAN PERABIS RETA AKUUUU.....
YANG HABISSS.......
CUMA RETA NEGERI AKUUUU.....
YANG RUGIIIIIII.......
ORANG LAINNNNNN........
YANG UNTUNGGGGG.......
AKU LE JUGAAAAA............

TAK PAHE.......
PAHE LAGI KER.....



- AKU NADRAK -

No comments:

Post a Comment

MY UNHOLY LEGION

THE SEEKER

Digeus  System Optimizer
System Optimizer
Eliminate system crashes, freezes and slowdowns. Identify and repair common Windows problems.
Digeus System  Optimizer
Download Digeus  System Optimizer Purchase Digeus  System Optimizer
Digeus Junk Files  Cleaner
Junk Files Cleaner
Free up valuable space on your hard drive. Speed up your system performance.
Digeus Junk  Files Cleaner
Download Digeus  Junk Files Cleaner Purchase Digeus  Junk Files Cleaner
SnapIt Screen  Capture
SnapIt
Capture anything you see on your PC screen. Take a "snapshot" of anything with just a click.
Download SnapIt  Screen Capture Purchase SnapIt  Screen Capture
Digeus  Duplicate Files Finder
Duplicate Files Finder
Remove duplicate mp3, photos, pictures etc. and regain plenty of disk space.
Digeus  Duplicate Files Finder
Download Digeus  Duplicate Files Finder Purchase Digeus  Duplicate Files Finder